Skip to main content

Jenis-Jenis Pisang


Pisang berasal dari keluarga Musaceae. Pisang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani.


“Eh daun pisang pun orang jual.”

“Daun pisang buat apa?”



https://www.aesp.biz


Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi Kandar Daun Pisang.

https://lobakmerah.com

Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terdapat di Malaysia. Selama ini mungkin ada di antara kita yang hanya makan sahaja tanpa mengetahui jenis-jenis pisang tersebut. Di sini terdapat 10 jenis pisang yang kami berjaya senaraikan. Jom kita lihat satu per satu.


1. Pisang Berangan
Pisang berangan sememangnya enak dimakan mentah dan sangat mudah dijumpai di mana-mana. Rasanya lemak.
https://cdn.mydin.com.my


‌2. Pisang Tanduk
Pisang tanduk pula mempunyai rasa yang tersendiri. Asal usul namanya datang dari fizikalnya yang menyerupai tanduk. Pisang ini sangat digemari masyarakat Johor. Jika berkunjung ke Batu Pahat, kerepek pisang tanduk perlu ada dalam senarai shoplist anda. Permintaan yang tinggi terhadap kerepek pisang tanduk menyebabkan harganya naik setiap tahun.


3. Pisang Lang
Pisang lang mempunyai rupa yang hampir sama dengan pisang tanduk tapi sebenarnya berbeza. Pisang tanduk mempunyai jejari yang sedikit berbanding pisang tanduk. Pisang tanduk juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding pisang lang.




4. Pisang Emas
Pisang emas sedap dimakan mentah. Jika digoreng akan menjadi lembik. Saiznya comel dan menarik hati. 

https://eshop.tesco.com.my


5. Pisang Nangka
‌Pisang nangka mempunyai saiz yang sedikit panjang, namun tidak sepanjang pisang lang dan tanduk. Sedap dihidang sebagai pisang goreng.

https://www.jatisariku.com

6. Pisang Kapas
Pisang kapas selalunya dibuat pisang salai oleh masyarakat Melayu di Batu Pahat. Penggemar makanan salai pasti suka.

"Rasa apa?"

"Rasa asap la"

Related image
https://my.carousell.com

 
‌7. Pisang Abu Nipah
‌Pisang ini boleh dipanggil pisang abu dan pisang nipah. Pisang ini sedap dimakan rebus atau goreng.

Image result for pisang abu nipah
https://delishably.com

  
8. Pisang Lilin
Pisang lilin pula sedap dimakan dalam bentuk kerepek. Mempunyai rasa yang tersendiri. 

https://my.carousell.com


9. Pisang Rastali
Pisang rastali turut dikenali sebagai pisang kelat keling di sesetengah tempat. Jika disimpan, semakin gelap kulitnya, semakin manis dan lemak rasa buah tersebut. Sewaktu belajar di KL, penulis sangat gemar membeli pisang jenis ini. 

https://forum.lowyat.net/topic/1801978


10. Pisang Cavendish
Pada pemerhatian penulis pisang cavendish mempunyai rasa seakan-akan pisang berangan. Namun kredit perlu diberikan kepada pisang cavendish kerana kulitnya yang tebal menyebabkan pisang ini mempunyai nilai eksport, susah lebam dan rosak, malah tahan lama berbanding pisang-pisang lain yang ada di pasaran.

https://www.tokopedia.com


Pisang sememangnya mempunyai nilai nutrisi dan nilai ekonomi yang tinggi dalam kalangan penduduk di Malaysia. Jika diusahakan secara komersil  boleh menjana pendapatan lumayan kepada para petani tempatan.  


Semoga bermanfaat.

Comments

  1. Alhamdulillah...dpt juga saya ilmu tentang jenis2 pisang nih...selama nih berniaga jual pisang abu jek...xtau pun yg ada byk jenis pisang lain...

    ReplyDelete
  2. Maaf yg dlm gmbr pisang lang tu sebnrnya pisang relung, kt kg sy seblh lekir byk di tanam. Sgt sedap jika digoreng, mkn panas2, yummy

    ReplyDelete
  3. Cool and I have a swell offer you: Where Do You Get The Money To Renovate A House sustainable home renovation

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAEDAH KAWALAN RUMPAI DI SAWAH PADI

https://weeds.brisbane.qld.gov.au/weeds/nutgrass Sila baca panduan & peraturan di bawah terlebih dahulu.  Panduan:  1. Sila jawab di ruangan komen  2. Klik  'comment as'  dan pilih  'Name/URL' 3. Tulis nama pendek & kelas di ruangan  'Name/URL'     Contoh: Kumarasen 3C 4. Klik  'continue'  5. Jawab soalan di ruangan komen 6. Klik  'publish' Peraturan: 1. Dalam Bahasa Melayu  2.  Guna ayat anda sendiri  3. Ejaan penuh bukan short form  4. 100 patah perkataan ke atas  5. Sila jawab sebelum pukul 10.30 pagi Kegagalan anda untuk akur kepada panduan & peraturan di atas, kami akan define anda sebagai absent (tidak hadir).   Soalan: Dengan menggunakan 50 patah perkataan & ayat anda sendiri, terangkan secara ringkas, bagaimanakah cara untuk mengawal rumpai di sawah padi.

Cara-cara Menanam Jagung Manis

Jagung manis merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Penanaman jagung manis boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para petani. Berikut adalah amalan agronomi atau cara-cara menanam pokok jagung manis.  Penyediaan Tanah Tanah di bajak piring & rotor kemudian dinaikkan batas. Penggunaan batas bukanlah satu kemestian. Tapi apabila kita menggunakan sistem batas lebih mudah untuk mengawal rumpai. Jika anda sekadar ingin menanam di belakang rumah, cukup tanam di dalam polibeg atau pasu. Boleh gunakan media 3:2:1 atau cocopeat. Penyediaan biji benih Benih sebaiknya dirawat menggunakan racun kulat Thiram. Tapi kebiasaannya biji benih yg dibeli di kedai sudah sedia ada di rawat sebelum dibungkus. Sebab tu warna benih jagung yang dibeli biasanya berwarna pink, kerana telah dicelup dengan larutan racun Thiram.  Penanaman Jagung ditanam dengan jarak 2 kaki X 2 kaki. Jarak tanaman adalah fleksibel dan mengikut kesesuai...