Skip to main content

Pengairan di Sawah Padi

Padi merupakan tanaman dari keluarga rumput iaitu Graminae / Poaceae. Antara spesies lain yang tergolong dalam keluarga yang sama ialah jagung, gandum, rumput napier dan banyak lagi. 




Pengairan di sawah padi sememangnya perkara yang sinonim dalam dalam persekitaran pertanian domestik. Tidak dinafikan pokok padi juga seperti pokok lain, ia memerlukan air untuk menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanannya sendiri. 


Namun tanpa kita sedari, pengairan yang dibekalkan ke petak sawah adalah melebihi dari keperluan sebenar pokok padi tersebut. Sebab itu hari ni kita lihat padi ditanam dalam keadaan dan persekitaran air yang bertakung. 


"Kenapa mesti padi air bertakung?"

"Pokok lain takde pun bertakung."

"Pelik je"


Tujuan sebenar padi ditanam di kawasan air bertakung ialah untuk mengawal pertumbuhan rumpai di petak sawah. Kaedah ini telah lama diperkenalkan dan digunakan oleh petani di seluruh dunia sebelum wujudnya teknologi racun rumpai dan varieti padi rintang kepada racun rumpai Clearfield (CL). Sebab itulah ketinggian paras air di petak sawah dinaikkan dari semasa ke semasa secara berjadual mengikut umur pokok padi. Kaedah ini masih diamalkan di negara kita kerana keberkesanannya mengawal rumpai dan menjimatkan kos berbanding dengan menggunakan racun rumpai dan mekanisma lain. 


Kehadiran rumpai akan memberi kesan kepada pertumbuhan pokok padi. Rumpai akan memberi persaingan kepada tanaman utama dalam konteks ini ialah padi dari aspek nutrien, air, cahaya dan ruang. Ancaman rumpai yang paling menjadi masalah dalam kalangan petani di Malaysia ialah padi angin. 


Bagi kebanyakan kes, tumbuhan seperti kelapa sawit, getah dan durian tidak boleh hidup dalam keadaan terendam atau air bertakung. Hal ini akan menyumbang kepada kegagalan akar untuk menjalankan proses respirasi dan serangan anaerobic pathogen di bahagian akar. Jika dibiarkan berlarutan akar pokok boleh diserang penyakit dan seterusnya mati. Namun tidak bagi pokok padi kerana pokok padi ialah tumbuhan semi-akuatik. Pokok padi boleh bertahan dalam keadaan terendam atau bertakung seperti pokok bakau. 


Apa yang penulis cuba sampaikan di post ini ialah tujuan utama pengairan di sawah padi ialah untuk mengawal rumpai. Jadi pokok padi juga boleh hidup jika ditanam tanpa air bertakung. Namun begitu petani mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal pertumbuhan rumpai sepanjang musim menanam. 

"Masih tak percaya?"

"Biarlah gambar yang berbicara"


http://www.agricultureinformation.com

Sekian. Semoga membantu. Silakan share atau komen.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pi...

KAEDAH KAWALAN RUMPAI DI SAWAH PADI

https://weeds.brisbane.qld.gov.au/weeds/nutgrass Sila baca panduan & peraturan di bawah terlebih dahulu.  Panduan:  1. Sila jawab di ruangan komen  2. Klik  'comment as'  dan pilih  'Name/URL' 3. Tulis nama pendek & kelas di ruangan  'Name/URL'     Contoh: Kumarasen 3C 4. Klik  'continue'  5. Jawab soalan di ruangan komen 6. Klik  'publish' Peraturan: 1. Dalam Bahasa Melayu  2.  Guna ayat anda sendiri  3. Ejaan penuh bukan short form  4. 100 patah perkataan ke atas  5. Sila jawab sebelum pukul 10.30 pagi Kegagalan anda untuk akur kepada panduan & peraturan di atas, kami akan define anda sebagai absent (tidak hadir).   Soalan: Dengan menggunakan 50 patah perkataan & ayat anda sendiri, terangkan secara ringkas, bagaimanakah cara untuk mengawal rumpai di sawah padi.

Cara-cara Menanam Jagung Manis

Jagung manis merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Penanaman jagung manis boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para petani. Berikut adalah amalan agronomi atau cara-cara menanam pokok jagung manis.  Penyediaan Tanah Tanah di bajak piring & rotor kemudian dinaikkan batas. Penggunaan batas bukanlah satu kemestian. Tapi apabila kita menggunakan sistem batas lebih mudah untuk mengawal rumpai. Jika anda sekadar ingin menanam di belakang rumah, cukup tanam di dalam polibeg atau pasu. Boleh gunakan media 3:2:1 atau cocopeat. Penyediaan biji benih Benih sebaiknya dirawat menggunakan racun kulat Thiram. Tapi kebiasaannya biji benih yg dibeli di kedai sudah sedia ada di rawat sebelum dibungkus. Sebab tu warna benih jagung yang dibeli biasanya berwarna pink, kerana telah dicelup dengan larutan racun Thiram.  Penanaman Jagung ditanam dengan jarak 2 kaki X 2 kaki. Jarak tanaman adalah fleksibel dan mengikut kesesuai...