Jagung manis merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Penanaman jagung manis boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para petani. Berikut adalah amalan agronomi atau cara-cara menanam pokok jagung manis. Penyediaan Tanah Tanah di bajak piring & rotor kemudian dinaikkan batas. Penggunaan batas bukanlah satu kemestian. Tapi apabila kita menggunakan sistem batas lebih mudah untuk mengawal rumpai. Jika anda sekadar ingin menanam di belakang rumah, cukup tanam di dalam polibeg atau pasu. Boleh gunakan media 3:2:1 atau cocopeat. Penyediaan biji benih Benih sebaiknya dirawat menggunakan racun kulat Thiram. Tapi kebiasaannya biji benih yg dibeli di kedai sudah sedia ada di rawat sebelum dibungkus. Sebab tu warna benih jagung yang dibeli biasanya berwarna pink, kerana telah dicelup dengan larutan racun Thiram. Penanaman Jagung ditanam dengan jarak 2 kaki X 2 kaki. Jarak tanaman adalah fleksibel dan mengikut kesesuai...