Skip to main content

Cara-cara Menanam Jagung Manis

Jagung manis merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Penanaman jagung manis boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para petani. Berikut adalah amalan agronomi atau cara-cara menanam pokok jagung manis. 

Penyediaan Tanah
Tanah di bajak piring & rotor kemudian dinaikkan batas. Penggunaan batas bukanlah satu kemestian. Tapi apabila kita menggunakan sistem batas lebih mudah untuk mengawal rumpai.

Jika anda sekadar ingin menanam di belakang rumah, cukup tanam di dalam polibeg atau pasu. Boleh gunakan media 3:2:1 atau cocopeat.

Penyediaan biji benih
Benih sebaiknya dirawat menggunakan racun kulat Thiram. Tapi kebiasaannya biji benih yg dibeli di kedai sudah sedia ada di rawat sebelum dibungkus. Sebab tu warna benih jagung yang dibeli biasanya berwarna pink, kerana telah dicelup dengan larutan racun Thiram. 

Penanaman
Jagung ditanam dengan jarak 2 kaki X 2 kaki. Jarak tanaman adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian. Lagi kecil jarak tanaman, lagi tinggi kepadatan tanaman. Lagi besar jarak, semakin rendah kepadatan tanaman. Korek lubang dengan kedalaman 1-2 inci. Setiap lubang akan dimasukkan 2-3 biji benih.

Penakaian
Selepas beberapa hari, benih jagung yang telah disemai akan bercambah. Pada ketika ini, jika ketiga-tiga benih bercambah cabut salah satu anak pokok tersebut. Tinggalkan dua pokok yang terbaik.

Penyelenggaraan Tanaman
Merangkumi penyiraman, pembajaan, kawalan rumpai dan kawalan penyakit & perosak.

Penyiraman

Pokok disiram 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang boleh menggunakan pemercik automatik ataupun secara manual.

Pembajaan

  • Baja tahi ayam ditabur semasa penyediaan pada kadar 2 tan/ekar. 
  • Baja NPK Hijau diberikan dengan kadar 20 gram/pokok (14 hari lepas semai).
  • Baja NPK Biru diberikan dengan kadar 20 gram/pokok (28 hari lepas semai).
  • Baja NPK Biru diberikan dengan kadar 20 gram/pokok (42 hari selepas semai).

Kawalan Rumpai
Rumpai secara dikawal secara berkala dari awal sampai akhir musim penanaman menggunakan kaedah racun rumpai atau secara manual dengan mencabut menggunakan tangan.

Kawalan Penyakit & Perosak
Kawalan penyakit & perosak dilakukan dengan menggunakan kaedah amalan kultura seperti mengawal rumpai, manipulasi, jarak tanaman, pemantauan berkala, pembajaan pada kadar yang betul.

Antara penyakit yang berpotensi menyerang tanaman jagung ialah penyakit karat & smut. Manakala perosak yang berbahaya bagi tanaman jagung ialah babi, tikus, belalang, pengorek batang, pengorek tongkol dll.

Penuaian
Jagung biasanya akan berbunga selepas 50-55 hari ditanam dan boleh dituai pada hari ke - 70 - 75 (bergantung kepada varieti).

Aktiviti Pasca Tuai
Buah jagung yang telah dituai sebaiknya di simpan di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kualitinya. Jika dibiarkan di luar (suhu bilik) akan cepat tua.


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Bagaimana Pokok Membuat Makanan?

Pokok/tumbuhan sama seperti manusia. Mereka memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kita makan, mereka juga makan. Tapi dengan cara mereka yang tersendiri.  Pokok/tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri dengan melakukan proses fotosintesis. Hal ini terjadi dengan menggunakan gas karbon dioksida dan air, dibantu tenaga dari cahaya matahari yang ditangkap oleh klorofil (pigmen hijau), akan menghasilkan glukosa (makanan) dan gas oksigen (by-product).  https://thebeakerlife.com/homework-helper-photosynthesis Proses fotosintesis memainkan peranan penting dalam memastikan pokok/tumbuhan dapat menghasilkan makanan yang secukupnya untuk hidup.  Berbanding dengan manusia, manusia tidak mampu menghasilkan makanannya sendiri. Untuk mendapatkan tenaga, contohnya karbohidrat, manusia perlu memakan tumbuhan atau sebarang organ tumbuhan yg kaya dengan kanji atau karbohidrat seperti ubi kayu, tebu, beras, dan yang seangkatan dengannya.  Semoga bermanfaa

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan