Amalan agronomi merupakan amalan yg diamalkan oleh para petani sepanjang aktiviti penanaman dilakukan. Berikut ialah amalan agronomi yang terlibat: Penyediaan tanah Pengurusan nurseri Penanaman Pembajaan Aktiviti merumpai Kawalan penyakit & perosak Pengairan Penyaliran (drainage) Penuaian Aktiviti lepas tuai (post-harvest) Secara umumnya setiap tanaman akan melibatkan amalan agronomi yang disebutkan di atas namun kaedah pelaksanaan sahaja yang akan berbeza. Sebagai contoh, in term of pembajaan, kaedah yang digunakan untuk tanaman kelapa sawit ialah tabur terus (direct spreading). Sementara itu kaedah pembajaan yang digunakan untuk tanaman rock melon (secara fertigasi) pula berbeza dengan menggunakan kaedah titisan (dripping). Sekali lagi ditegaskan kedua-dua menjalankan amalan agronomi yang sama namun kaedah pelaksanaan sahaja yang berbeza. Pada post yang berikutnya kita akan pergi lebih jauh tentang fungsi amalan-amalan agronomi yang disebutkan di atas.