Setiap tanaman mempunyai jangka hayat yang berbeza-beza. Jangka sesuatu tanaman biasanya diukur dari mula tanaman tersebut ditanam sehinggalah hasil dituai atau sehingga tanaman tersebut mencapai tahun kemuncak hasil pengeluaran. Jangka hayat tanaman terbahagi kepada TIGA (3) iaitu: Tanaman Annual (kurang setahun) Tanaman Biennial (1-2 tahun) Tanaman Perennial/Saka (sehingga 25 tahun) Tanaman annual kebiasaannya memberikan pulangan yang cepat, maka sebab itu lah tanaman ini digelar sebagai cash crop. Sementara itu, tanaman biennial pula kurang memerlukan penjagaan yang teliti, namun begitu mengambil masa untuk mengeluarkan hasil. Tanaman saka pula biasanya terdiri daripada tanaman industri yang mendapat permintaan tinggi di pasaran global. Kelemahan tanaman saka ialah lambat mengeluarkan hasil, biasanya 3 tahun selepas penanaman dijalankan. Kebanyakan petani akan memanfaatkan tempoh 3 tahun tersebut untuk menanam tanaman kontang atau cash crop secara selinga...