Skip to main content

Amalan Agronomi

Amalan agronomi merupakan amalan yg diamalkan oleh para petani sepanjang aktiviti penanaman dilakukan. Berikut ialah amalan agronomi yang terlibat:
  1. Penyediaan tanah
  2. Pengurusan nurseri
  3. Penanaman
  4. Pembajaan
  5. Aktiviti merumpai 
  6. Kawalan penyakit & perosak
  7. Pengairan 
  8. Penyaliran (drainage) 
  9. Penuaian 
  10. Aktiviti lepas tuai (post-harvest) 
Secara umumnya setiap tanaman akan melibatkan amalan agronomi yang disebutkan di atas namun kaedah pelaksanaan sahaja yang akan berbeza. Sebagai contoh, in term of pembajaan, kaedah yang digunakan untuk tanaman kelapa sawit ialah tabur terus (direct spreading). Sementara itu kaedah pembajaan yang digunakan untuk tanaman rock melon (secara fertigasi)  pula berbeza dengan menggunakan kaedah titisan (dripping). Sekali lagi ditegaskan kedua-dua menjalankan amalan agronomi yang sama namun kaedah pelaksanaan sahaja yang berbeza.

Pada post yang berikutnya kita akan pergi lebih jauh tentang fungsi amalan-amalan agronomi yang disebutkan di atas.  Sekian. 

Comments

  1. Anuar zain dan ellina2 July 2018 at 15:24

    Penyediaan tanah
    Kebiasaanya penyediaan tanah untuk sesuatu tanaman dimulakan dengan mengembur atau meratakan tanah dengan menggunakan kaedah manual ataupun kaedah mesin.. Selain itu, penyediaan tanah dilakukan bagi membuang benda2 asing yang dapat mengganggu pertumbuhan sesuatu tanaman.. Selepas itu, aktiviti pengapuran dilakukan bagi meneutralkan pH tanah yang dapat meningkatkan lagi kesuburan tanah di kawasan tersebut.. Selepas daripada aktiviti pengapuran, pembajaan pula dilakukan dengan menggunakan baja organik untuk meningkatkan kandungan nutrient dalam tanah seterusnya meningkatkan kesuburan tanah disamping menggalakkan lagi pertumbuhan dan hasil tanaman di kawasan tersebut. Aktiviti sungkupan juga boleh dilakukan bagi mengurangkan hakisan tanah di kawasan penanaman,mengekalkan kelembapan tanah, mengelakkan pertumbuhan rumpai serta menggalakkan lagi aktiviti organisma di dalam tanah.

    ReplyDelete
  2. Penuaian bagi kami,terdapat 2 kaedah penuaian iaitu secara manual atau menggunakan mesin.

    1-manual:
    Jika menggunakan kaedah manual ia menggunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk menuai hasil tanaman yang ditanam.Kaedah manual tidak lagi digalakkan kerana ia memakan masa dan menggunakan tenaga yang banyak

    2-menggunakan mesin atau jentera:
    Jika kita kaedah mekanikal proses yang dijalankan lebih menjimatkan masa kita di ladang.selain itu,kita dapat mengurangkan tenaga kerja dan kos pembayaran buruh.

    ReplyDelete
  3. Antara jenis2 baja yg digunakan ialah butiran dan cecair.Seterusnya terdapat banyak kaedah pembajaan yg bole digunakan antaranya ialah kaedah alur,kaedah titisan,kaedah semburan dan kaedah poket.

    ReplyDelete
  4. Aktiviti merumpai ialah membuang rumpai dngn cara menggunakan kaedah mesin pemotong rumpai , racun rumpai Dan kaedah manual ( menggunakan tangan) . Aktiviti merumpai juga untuk memastikan kekemasan tanaman . Selain itu aktiviti merumpai juga untuk mengelakkan persaingan antara rumpai Dan tanaman.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat kami penggunaan bahan organik dari segi kawalan penyakit dan perosak sangat efektif berbanding penggunaan bahan kimia.
    Antara contoh kawalan perosak dalam pertanian organik ialah dengan menggunakan racun organik. Racun otganik ini diperbuat daripada bahan bahan organik seperti campuran bawang cilipadi dan air. Racun tersebut digunakan untuk menghalau koya.
    Dari segi kawalan penyakit pula kita boleh menggunakan bahan bahan yg terdapat didapur rumah kita contohnya kita menggunakan baking soda untuk membunuh kulat pada tumbuhan.

    ReplyDelete
  6. Perngairan dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu secara automatik dan manual. Secara automatik ialah menggunakan sprinkler atau kaedah samurai. Cara manual ialah penyiraman secara berkala yg menggunakan tenaga manuals. Sumber pengairan boleh didapati daripada 2 sumber iaitu semulajadi dan buatan manusia. Sumber semulajadi ialah air hujan, sungai,dan parit . Bagi buatan manusia ialah pembinaan tangki.

    ReplyDelete
  7. PENGURUSAN NURSERI
    -pengurusan nurseri merupakan tapak asuhan semaian anak pokok sebelum dipindahkan ke kawasan penanaman yg sebenar ataupun dijual kpd penggemar tanaman.

    -Dua peringkat yg terdapat dlm pengurusan nurseri.
    1)primary
    -memerlukan jarak yg luas.
    -memerlukan pekerja yg ramai
    2)secondary
    -selepas primary ank pokok dipindahkan kepada secondary. Selepas secondary, anak pokok di pindahbke ladang.

    Group= ATMOSFERA

    ReplyDelete
  8. Sufian suhaimi2 July 2018 at 15:32

    Kaedah penanaman yang boleh dilakukan dengan menggunakan bijih benih,cantuman tunas,keratan batang,kultur tisu,markot.kaedah ini digunakan bergantung pada jenis tanaman.Kaedah ini juga bergantung pada faktor persekitaran danjuga struktur tanah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Pokok Membuat Makanan?

Pokok/tumbuhan sama seperti manusia. Mereka memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kita makan, mereka juga makan. Tapi dengan cara mereka yang tersendiri.  Pokok/tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri dengan melakukan proses fotosintesis. Hal ini terjadi dengan menggunakan gas karbon dioksida dan air, dibantu tenaga dari cahaya matahari yang ditangkap oleh klorofil (pigmen hijau), akan menghasilkan glukosa (makanan) dan gas oksigen (by-product).  https://thebeakerlife.com/homework-helper-photosynthesis Proses fotosintesis memainkan peranan penting dalam memastikan pokok/tumbuhan dapat menghasilkan makanan yang secukupnya untuk hidup.  Berbanding dengan manusia, manusia tidak mampu menghasilkan makanannya sendiri. Untuk mendapatkan tenaga, contohnya karbohidrat, manusia perlu memakan tumbuhan atau sebarang organ tumbuhan yg kaya dengan kanji atau karbohidrat seperti ubi kayu, tebu, beras, dan yang seangkatan dengannya.  Semoga bermanfaa

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan