Skip to main content

KAEDAH KAWALAN RUMPAI DI SAWAH PADI


https://weeds.brisbane.qld.gov.au/weeds/nutgrass



Sila baca panduan & peraturan di bawah terlebih dahulu. 

Panduan: 
1. Sila jawab di ruangan komen 
2. Klik 'comment as' dan pilih 'Name/URL'
3. Tulis nama pendek & kelas di ruangan 'Name/URL'
    Contoh: Kumarasen 3C
4. Klik 'continue' 
5. Jawab soalan di ruangan komen
6. Klik 'publish'

Peraturan:
1. Dalam Bahasa Melayu 
2. Guna ayat anda sendiri 
3. Ejaan penuh bukan short form 
4. 100 patah perkataan ke atas 
5. Sila jawab sebelum pukul 10.30 pagi

Kegagalan anda untuk akur kepada panduan & peraturan di atas, kami akan define anda sebagai absent (tidak hadir).  

Soalan:

Dengan menggunakan 50 patah perkataan & ayat anda sendiri, terangkan secara ringkas, bagaimanakah cara untuk mengawal rumpai di sawah padi.


Comments

  1. Kaedah kawalan rumpai di sawah padi antaranya:

    :Rumpai boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam penghasilan tanaman, dan keindahan alam sekitar. Oleh yang demikian rumpai perlulah dikawal pertumbuhannya. Terdapat pelbagai kaedah pengawalan rumpai yang boleh digunakan. Antaranya, kawalan secara mekanik, kawalan secara biologi, kawalan secara pencegahan melalui amalan yang baik dan kawalan secara menggunakan racun rumpai. Untuk mencegah dari pengawalan rumpai kita perlulah menyediakan tanah yang sempurna agar rumpai tidak membiak.

    ReplyDelete
  2. Rumpai boleh diklafikasikan sebagai tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh bersama-sama di kawasan tanaman sawah padi selain daripada jenis padi yang dipilih untuk ditanam . Ada beberapa kaedah untuk tujuan mengawal iaitu kaedah kawalan kultur / manual dengan menggunakan tangan iaitu mencabut , memotong , menajak dan sungkupan . Kaedah kedua adalah kaedah kawalan kimia yang menggunakan racun rumpai yang sesuai untuk mengawal pertumbuhan rumpai di sawah padi .

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya,Kebiasaannya jenis padi terdapat 3 jenis kumpulan rumpai iaitu rumput,rusiga dan daun lebar .Rumpai akan mula tumbuh di petak sawah bermula seawal 4 hari sehingga padi tumbuh.Rumpai amat perlu di kawal kerana Rumpai akan bersaing dengan padi untuk mendapatkan baja, ruang tempat, cahaya matahari, air, CO2 dan ia menyebabkan proses pertumbuhan padi terbantut.Selain itu jgak Menyulitkan operasi ladang dan pengairan.Dapat Meningkatkan kos kawalan .Menurunkan kualiti padi.Mengeluarkan bahan allelopathic.Selain itu,Peladang boleh mengamalkan beberapa kawalan rumpai seperti Merata tanah sawah supaya air dapat dibekalkan secara rata.Mencabut rumpai yang tumbuh .Amalan putaran basah sebanyak 2 kali pusingan bagi melumatkan baki rumpai yang tinggal.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan apa yang saya belajar , cara untuk mengawal rumpai di sawah padi ialah rumpai atau padi angin adalah satu masalah kepada pesawah kerana ia nya menjejaskan dan mengurangkan hasil padi. Kawalan rumpai boleh dijalankan melalui 3 cara iaitu kaedah mekanikal,fizikal,dan juga kimia. Kaedah mekanikal yang paling mudah dan lazim dijalankan ialah melalui kaedah pembajakan sawah setiap musim penanaman. Pembajakan yang dijalankan akan melumatkan tanah,menghancurkan akar rumpai dan mematikan rumpai-rumpai halus. Kawalan fizikal walaupun jarang dilakukan kini oleh petani ia membantu mengawal padi dengan menakai,mencabut dan membakar rumpai dalam sawah walaupun prosesnya agak lama,leceh dan memerlukan lorong khas untuk menakai. Akhir sekali,kaedah kawalan paling popular dengan menggunakan kaedah semburan racun kimia. Selain daripada mudah diaplikasikan,kaedah ini juga cepat,berkesan,kadar kejayaan yang agak tinggi dan senang untuk mendapat bekalan racun dari pembekal.

    ReplyDelete
  5. Amir sazril dag2d12 January 2020 at 08:33

    Amir sazril (dag2d)

    Rumpai ialah tanaman yang tumbuh di kawasan pertanian, namun tanaman tidak dikehendaki kerana menggangu pertumbuhan tanaman yang ditanam kerana menyebabkan berlakunya persaingan merebut cahaya matahari, baja, ruang tanah dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal rumpai di kawasan sawah padi antaranya dengan menggunakan racun rumpai yang dapat mengawal pertumbuhan rumpai. Selain itu, kaedah fizikal iaitu mencabut rumpai dengan tangan serta memotong rumpai dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti parang.

    ReplyDelete
  6. Cara yang yang sering dilakukan oleh pesawah untuk mengawal pertumbuhan rumpai pada sawah padi ialah menggunakan air yang banyak pada sawah mereka. Hal ini sering dilakukan di sawah kerana padi merupakan tumbuhan semi-aqua iaitu tumbuhan yang boleh hidup pada air yang banyak, secara tidak langsung air dapat mengawal pertumbuhan rumpai agar tidap hidup sekali dengan padi di sawah. Selain itu, penggunaan cara manual juga sering digunakan oleh pesawah iaitu mencabut rumpai tersebut.

    ReplyDelete
  7. Amirul alif (dag2d)12 January 2020 at 10:08

    Bagi saya untuk cara kawalan rumpai di sawah padi ialah dengan cara yang pertama kita melalukan pegemburan menggunakan jentera traktor tanah yang kita ingin menanam padi ini mampu mematikan atau mengurangkan rumpai dengan cara yang baik.
    Yang kedua ialah dengan cara menggunakan manual iaitu mencabut rumpai dengan tangan di petak sawah padi. Pada saya cara cara ini memerlukan tenaga buruh yang ramai jika ingin hasil yang cepat.
    Yang ketiga penggunaan kaedah kimia iaitu racun rumpai yang disembur pada rumpai sevelum menama benih padi padi cara ini banyak dilakukan para petani di malaysia disebabkan mengambil masa yang pantas untuk mengawal rumpai dan tidak mermelukan tanaga buruh yang ramai di malaysia

    ReplyDelete
  8. Berikut adalah kaedah pengawalan rumpai di sawah padi :

    Seperti yang kita tahu rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi”

    Penyediaan tanah dan pengurusan air yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.
    Periksa 3 – 5 hari sekali selepas tabor benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah.
    Masa mengawal rumpai ialah:
    TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT
    KRITIKAL pada 15 – 30 HLT
    KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT

    Pilih jenis racun rumpai yang sesuai dengan rumpai yang dikenalpasti di sawah. Antara jenis racun yang biasa digunakan ialah prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2,4-D butyl ester
    Dinasihatkan JANGAN guna racun jenama yang sama lebih dari 3 musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal).

    ReplyDelete
  9. ArkhamDAG2D

    bagi saya kaedah kawalan rumpai di sawah padi perlu antaranya, kerana rumpai adalah satu masalah bagi tanaman kerana rumpai dapat menyerap nutrient yang diperlukan tanaman utama untuk mengeluarkan hasil yang akan dituai. Namun, dengan adanye rumpai dikawasan tanaman kemungkinan nutrient ysng diperlukan pokok tidak mencukupi. antara kaedah kawalan rumpai di sawah padi adalah paras kedalaman air yang berbeza. ini kerana, pada paras air 0cm, 95% sambau dan 57% rumput peha belalang yang bercambah manakala pada paras kedalam air 10cm, 21% sambau dan 0% rumput peha belalang bercambah.

    ReplyDelete
  10. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Pokok Membuat Makanan?

Pokok/tumbuhan sama seperti manusia. Mereka memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kita makan, mereka juga makan. Tapi dengan cara mereka yang tersendiri.  Pokok/tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri dengan melakukan proses fotosintesis. Hal ini terjadi dengan menggunakan gas karbon dioksida dan air, dibantu tenaga dari cahaya matahari yang ditangkap oleh klorofil (pigmen hijau), akan menghasilkan glukosa (makanan) dan gas oksigen (by-product).  https://thebeakerlife.com/homework-helper-photosynthesis Proses fotosintesis memainkan peranan penting dalam memastikan pokok/tumbuhan dapat menghasilkan makanan yang secukupnya untuk hidup.  Berbanding dengan manusia, manusia tidak mampu menghasilkan makanannya sendiri. Untuk mendapatkan tenaga, contohnya karbohidrat, manusia perlu memakan tumbuhan atau sebarang organ tumbuhan yg kaya dengan kanji atau karbohidrat seperti ubi kayu, tebu, beras, dan yang seangkatan dengannya.  Semoga bermanfaa

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan