Skip to main content

Keistimewaan Akar Ubi Kayu

Ubi kayu merupakan makanan yang sangat digemari rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Kebiasaannya dimakan dalam bentuk kerepek atau dihidangkan sebagai ubi rebus ataupun tapai ubi. Tanpa kita sedari ubi kayu yang kita seringkali makan bukanlah 'buah ubi' sebaliknya ialah 'akar ubi'.

"Biar betul?"

"Mana ada orang makan akar"


Bahagian akar ubi kayu dalam istilah botani dipanggil umbisi (tuberous root). Tuberous root atau tuber merujuk kepada akar yang termodifikasi (modified root) secara semulajadi yang bertujuan untuk menyimpan makanan (glukosa yang terhasil daripada proses fotosintesis). Contoh tanaman umbisi ialah ubi kayu, ubi kentang, lobak, ubi keledek dan lain-lain lagi.


https://www.acsh.org

Fungsi akar seperti yang kita sedia maklum ialah untuk menyerap air dan nutrien dari dalam tanah. Namun begitu bagi kes akar ubi kayu, yang telah termodifikasi secara semula jadi, ia juga bertindak sebagai tempat penyimpanan makanan pokok seperti yang telah dinyatakan di atas.

https://starrfmonline.com/wp-content/uploads/2017/10/cassava.jpg

Pada kebiasaannya apabila pokok menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis di kilang makanan iaitu daun (atau organ lain yang mempunyai pigmen hijau), makanan tersebut akan disimpan di dalam organ penyimpanan (storage organ). Storage organ bagi kebanyakan tumbuhan ialah buah. Namun begitu tidak bagi ubi kayu, kerana storage organnya terletak di akarnya. 

Maka dapatlah kita simpulkan bahawa sebenarnya akar juga boleh dimakan tapi bukan semua akar boleh dimakan. Akar yang dimaksudkan ialah akar yang telah termodifikasi secara semulajadi seperti ubi kayu. 

Semoga bermanfaat. Silakan share atau komen.


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Pokok Membuat Makanan?

Pokok/tumbuhan sama seperti manusia. Mereka memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kita makan, mereka juga makan. Tapi dengan cara mereka yang tersendiri.  Pokok/tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri dengan melakukan proses fotosintesis. Hal ini terjadi dengan menggunakan gas karbon dioksida dan air, dibantu tenaga dari cahaya matahari yang ditangkap oleh klorofil (pigmen hijau), akan menghasilkan glukosa (makanan) dan gas oksigen (by-product).  https://thebeakerlife.com/homework-helper-photosynthesis Proses fotosintesis memainkan peranan penting dalam memastikan pokok/tumbuhan dapat menghasilkan makanan yang secukupnya untuk hidup.  Berbanding dengan manusia, manusia tidak mampu menghasilkan makanannya sendiri. Untuk mendapatkan tenaga, contohnya karbohidrat, manusia perlu memakan tumbuhan atau sebarang organ tumbuhan yg kaya dengan kanji atau karbohidrat seperti ubi kayu, tebu, beras, dan yang seangkatan dengannya.  Semoga bermanfaa

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan