Skip to main content

Bagaimana Pokok Membuat Makanan?

Pokok/tumbuhan sama seperti manusia. Mereka memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kita makan, mereka juga makan. Tapi dengan cara mereka yang tersendiri. 

Pokok/tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri dengan melakukan proses fotosintesis. Hal ini terjadi dengan menggunakan gas karbon dioksida dan air, dibantu tenaga dari cahaya matahari yang ditangkap oleh klorofil (pigmen hijau), akan menghasilkan glukosa (makanan) dan gas oksigen (by-product). 


https://thebeakerlife.com/homework-helper-photosynthesis

Proses fotosintesis memainkan peranan penting dalam memastikan pokok/tumbuhan dapat menghasilkan makanan yang secukupnya untuk hidup. 

Berbanding dengan manusia, manusia tidak mampu menghasilkan makanannya sendiri. Untuk mendapatkan tenaga, contohnya karbohidrat, manusia perlu memakan tumbuhan atau sebarang organ tumbuhan yg kaya dengan kanji atau karbohidrat seperti ubi kayu, tebu, beras, dan yang seangkatan dengannya. 

Semoga bermanfaat. Silakan share. 

Comments

  1. Abdul Hakim Bin Ab Wahab - 22DAG18F107830 January 2019 at 11:12

    Pokok jagung di Malaysia amat tersohor dengan keenakannya, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peluang ke atas penanaman jagung ini walaupun ia membolehkan mereka mendapat keuntungan yang besar. Nama saintifik bagi tanaman jagung ialah "Zea mays". Pokok jagung ini berasal dari negara southern Mexico. Di Malaysia, jagung yang terkenal digelar jagung manis. Tanamam jagung ini sangat mudah ditanam kerana mengambil masa yang singkat.

    Hasil pembelajaran saya di kelas DAG2B tentang penanaman jagung ialah pertama, kita perlulah membuat batas sebelum penanaman jagung. Kemudian, gemburkan tanah dengan baja organik iaitu baja tahi ayam bagi menyuburkan tanah. Seterusnya, membuat lubang sedalam satu inci, lalu masukkan biji benih dan timbuskan dengan tanah. Jarak antara biji benih dengan biji benih yang lain ialah seluas dua kaki. Kemudian, siramkan biji benih yang sudah ditanam untuk membantu proses tumbesaran anak benih. Tanaman ini perlulah dipantau bagi mengelakkan daripada serangga perosak seperti belalang, ulat bulu dan kita juga perlu membuang sebarang rumput bagi mengelakkan daripada persaingan untuk mendapatkan makanan. Anak pokok yang dijangkiti haruslah dibuang bagi elakkan daripada berjangkit dengan anak pokok yang lain.

    Seterusnya, kita perlulah membaja tanaman ini sebanyak tiga kali. Baja yang digunakan ialah baja organik iaitu baja tahi ayam. Tujuan pembajaan ini ialah untuk membantu pembesaran pokok dan memastikan pokok terus subur, membekalkan nutrien pada akar, dan menghijaukan daun. Teknik pembajaan yang telah kami pelajari ialah secara manual iaitu teknik poket dan teknik tabur canopy. Kami juga menyiram pokok ini setiap petang iaitu pada jam 5 petang bagi mengekalkan kelembapan pada tanah agar dapat menyegarkan pokok tersebut.

    Penanaman pokok jagung ini dapat membantu menambah pendapatan petani untuk menyara kehidupan mereka. Antara produk yang dapat dihasilkan ialah bijiran dan minyak masak jagung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan