Pisang berasal dari keluarga Musaceae. Pisang merupakan makanan kegemaran
rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana
pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan
rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang
juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah
dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani.
“Eh daun pisang pun orang jual.”
“Daun pisang buat apa?”
![]() |
https://www.aesp.biz |
Jika dulu kita membungkus nasi lemak
menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan
politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular
dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah
Klang seperti Nasi Kandar Daun Pisang.
![]() |
https://lobakmerah.com |
Untuk post kali ini penulis ingin
berkongsi jenis-jenis pisang yang terdapat di Malaysia. Selama ini mungkin ada
di antara kita yang hanya makan sahaja tanpa mengetahui jenis-jenis pisang
tersebut. Di sini terdapat 10 jenis pisang yang kami berjaya senaraikan. Jom
kita lihat satu per satu.
1. Pisang Berangan
Pisang berangan sememangnya enak
dimakan mentah dan sangat mudah dijumpai di mana-mana. Rasanya lemak.
![]() |
https://cdn.mydin.com.my |
2. Pisang Tanduk
Pisang tanduk pula mempunyai rasa
yang tersendiri. Asal usul namanya datang dari fizikalnya yang menyerupai
tanduk. Pisang ini sangat digemari masyarakat Johor. Jika berkunjung ke Batu
Pahat, kerepek pisang tanduk perlu ada dalam senarai shoplist anda. Permintaan
yang tinggi terhadap kerepek pisang tanduk menyebabkan harganya naik setiap
tahun.
3. Pisang Lang
Pisang lang mempunyai rupa yang
hampir sama dengan pisang tanduk tapi sebenarnya berbeza. Pisang tanduk
mempunyai jejari yang sedikit berbanding pisang tanduk. Pisang tanduk juga
mempunyai saiz yang lebih besar berbanding pisang lang.

4. Pisang Emas
Pisang emas sedap dimakan mentah. Jika
digoreng akan menjadi lembik. Saiznya comel dan menarik hati.
![]() |
https://eshop.tesco.com.my |
5. Pisang Nangka
5. Pisang Nangka
Pisang nangka mempunyai saiz
yang sedikit panjang, namun tidak sepanjang pisang lang dan tanduk. Sedap dihidang sebagai pisang goreng.
![]() |
https://www.jatisariku.com |
6. Pisang Kapas
Pisang kapas selalunya dibuat pisang
salai oleh masyarakat Melayu di Batu Pahat. Penggemar makanan salai pasti suka.
"Rasa apa?"
"Rasa asap la"
![]() |
https://my.carousell.com |
7. Pisang Abu Nipah
Pisang ini boleh dipanggil
pisang abu dan pisang nipah. Pisang ini sedap dimakan rebus atau goreng.
![]() |
https://delishably.com |
8. Pisang Lilin
Pisang lilin pula sedap dimakan
dalam bentuk kerepek. Mempunyai rasa yang tersendiri.
![]() |
https://my.carousell.com |
9. Pisang Rastali
Pisang rastali turut dikenali
sebagai pisang kelat keling di sesetengah tempat. Jika disimpan, semakin gelap kulitnya, semakin manis dan lemak rasa buah tersebut. Sewaktu belajar di KL, penulis sangat gemar membeli pisang jenis ini.
![]() |
https://forum.lowyat.net/topic/1801978 |
10. Pisang Cavendish
Pada pemerhatian penulis pisang cavendish
mempunyai rasa seakan-akan pisang berangan. Namun kredit perlu diberikan kepada
pisang cavendish kerana kulitnya yang tebal menyebabkan pisang ini mempunyai
nilai eksport, susah lebam dan rosak, malah tahan lama berbanding pisang-pisang
lain yang ada di pasaran.
![]() |
https://www.tokopedia.com
|
Pisang sememangnya mempunyai nilai nutrisi dan nilai ekonomi yang tinggi dalam kalangan penduduk di Malaysia. Jika diusahakan secara komersil boleh menjana pendapatan lumayan kepada para petani tempatan.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah...dpt juga saya ilmu tentang jenis2 pisang nih...selama nih berniaga jual pisang abu jek...xtau pun yg ada byk jenis pisang lain...
ReplyDeleteMaaf yg dlm gmbr pisang lang tu sebnrnya pisang relung, kt kg sy seblh lekir byk di tanam. Sgt sedap jika digoreng, mkn panas2, yummy
ReplyDeleteCool and I have a swell offer you: Where Do You Get The Money To Renovate A House sustainable home renovation
ReplyDelete