Skip to main content

Posts

KAEDAH KAWALAN RUMPAI DI SAWAH PADI

Recent posts

Senarai Buah-buahan Tempatan

Senarai Buah - buahan Tempatan  ‌ Durian ‌ Nangka ‌ Cempedak ‌ Limau madu ‌ Belimbing ‌ Nenas ‌ Tembikai ‌ Sukun ‌ Ciku ‌ Rambutan  ‌Longan ‌ Pulasan ‌ Manggis ‌ Mangga  ‌Duku ‌ Dukong ‌ Langsat ‌ Rambai ‌ Jagung ‌ Durian Belanda  ‌Pisang ‌ Mata kucing ‌ Laici ‌ Jambu batu ‌ Jambu air ‌ Kelapa  Keranji   Berangan 

Cara-cara Menanam Jagung Manis

Jagung manis merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Penanaman jagung manis boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para petani. Berikut adalah amalan agronomi atau cara-cara menanam pokok jagung manis.  Penyediaan Tanah Tanah di bajak piring & rotor kemudian dinaikkan batas. Penggunaan batas bukanlah satu kemestian. Tapi apabila kita menggunakan sistem batas lebih mudah untuk mengawal rumpai. Jika anda sekadar ingin menanam di belakang rumah, cukup tanam di dalam polibeg atau pasu. Boleh gunakan media 3:2:1 atau cocopeat. Penyediaan biji benih Benih sebaiknya dirawat menggunakan racun kulat Thiram. Tapi kebiasaannya biji benih yg dibeli di kedai sudah sedia ada di rawat sebelum dibungkus. Sebab tu warna benih jagung yang dibeli biasanya berwarna pink, kerana telah dicelup dengan larutan racun Thiram.  Penanaman Jagung ditanam dengan jarak 2 kaki X 2 kaki. Jarak tanaman adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian. Lagi

Jenis-Jenis Pisang

Pisang berasal dari keluarga  Musaceae. Pisang   merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Buah pisang sangat mudah didapati di mana-mana. Hal ini kerana pengeluarannya yang konsisten sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan diet pemakanan rakyat Malaysia. Bukan sahaja buahnya yang boleh dimakan, malah jantung pisang juga boleh dimakan. Buah pisang, jantung pisang dan daun pisang sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah, pasar-pasar borong dan juga pasar tani. “Eh daun pisang pun orang jual.” “Daun pisang buat apa?” https://www.aesp.biz Jika dulu kita membungkus nasi lemak menggunakan daun pisang. Sekarang tidak lagi kerana kita telah beralih menggunakan politerina atau kertas. Namun sejak dua menjak ini daun pisang kembali popular dan menjadi trend dengan kemunculan banyak restoran daun pisang di sekitar Lembah Klang seperti Nasi   Kandar Daun Pisang. https://lobakmerah.com Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi jenis-jenis pisang yang terd

Pengairan di Sawah Padi

Padi merupakan tanaman dari keluarga rumput iaitu Graminae / Poaceae. Antara spesies lain yang tergolong dalam keluarga yang sama ialah jagung, gandum, rumput napier dan banyak lagi.  Pengairan di sawah padi sememangnya perkara yang sinonim dalam dalam persekitaran pertanian domestik. Tidak dinafikan pokok padi juga seperti pokok lain, ia memerlukan air untuk menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanannya sendiri.  Namun tanpa kita sedari, pengairan yang dibekalkan ke petak sawah adalah melebihi dari keperluan sebenar pokok padi tersebut. Sebab itu hari ni kita lihat padi ditanam dalam keadaan dan persekitaran air yang bertakung.  "Kenapa mesti padi air bertakung?" "Pokok lain takde pun bertakung." "Pelik je" Tujuan sebenar padi ditanam di kawasan air bertakung ialah untuk mengawal pertumbuhan rumpai di petak sawah. Kaedah ini telah lama diperkenalkan dan digunakan oleh petani di seluruh dunia sebelum wujud

Keistimewaan Akar Ubi Kayu

Ubi kayu merupakan makanan yang sangat digemari rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Kebiasaannya dimakan dalam bentuk kerepek atau dihidangkan sebagai ubi rebus ataupun tapai ubi. Tanpa kita sedari ubi kayu yang kita seringkali makan bukanlah 'buah ubi' sebaliknya ialah 'akar ubi'. "Biar betul?" "Mana ada orang makan akar" Bahagian akar ubi kayu dalam istilah botani dipanggil umbisi ( tuberous root ) . Tuberous root atau tuber merujuk kepada akar yang termodifikasi ( modified root ) secara semulajadi yang bertujuan untuk menyimpan makanan (glukosa yang terhasil daripada proses fotosintesis). Contoh tanaman umbisi ialah ubi kayu, ubi kentang, lobak, ubi keledek dan lain-lain lagi. https://www.acsh.org Fungsi akar seperti yang kita sedia maklum ialah untuk menyerap air dan nutrien dari dalam tanah. Namun begitu bagi kes akar ubi kayu, yang telah termodifikasi secara semula jadi, ia juga bertindak sebagai tempat penyi

Teknik Membaja Asas

Pembajaan merupakan salah satu amalan agronomi utama dalam penyelenggaraan tanaman. Pembajaan yang berjadual dapat memastikan pokok mendapat sumber nutrien yang mencukupi bagi menampung keperluan tumbesaran pokok.  https://gardenerspath.com/how-to/composting/plant-nutrients/ Terdapat 2 kaedah/teknik pembajaan asas yg perlu kita ketahui: 1. Kaedah poket (soil drenching )  2. Kaedah tabur di permukaan ( top dressing )  Kedua-dua kaedah ini masih diamalkan petani di seluruh dunia. Tak dinafikan kaedah tabur di permukaan lebih mudah berbanding kaedah poket. Namun begitu kaedah poket lebih cekap dan berkesan kerana dapat mengurangkan risiko kejadian larut resap tanah ( soil leaching ). Soil leaching adalah suatu keadaan bila mana, nutrien di dalam tanah tidak dapat dipegang oleh tanah dan dibawa bersama air yang kemudiannya larut resap jauh ke dalam tanah.  Apabila baja diaplikasikan menggunakan kaedah poket, baja yang ditutup tanah akan terlindung daripada terken